Anda memilih untuk memotong rambut sendiri ataupun menggunakan khidmat pendandan rambut? Untuk mendapatkan hasil potongan rambut yang memuas...
Anda memilih untuk memotong rambut sendiri ataupun menggunakan khidmat pendandan rambut?
Untuk mendapatkan hasil potongan rambut yang memuaskan, selain memilih pendandan rambut atau tukang gunting rambut yang berpengalaman ada beberapa perkara yang perlu juga anda ambil kira. Semak!
1. Kenali Bentuk Wajah Anda
Setelah mengenali bentuk wajah anda dengan pasti, barulah anda akan mengetahui potongan rambut yang mana sesuai dengan diri anda.
2. Ketahui Jenis Rambut Anda
Jika anda memiliki jenis rambut yang kasar, beralun dan cenderung keriting, jangan cuba-cuba meminta potongan seperti para selebriti Korea. Jika anda memiliki rambut yang nipis, halus dan lurus, elakkan memilih potongan rambut seperti Beyonce. Mintalah pendapat daripada mereka yang hampir dengan anda untuk memilih jenis potongan rambut yang sesuai dengan anda.
3. Sesuaikan Dengan Gaya Hidup Anda
Cuba sesuaikan gaya potongan rambut yang dipilih dengan gaya hidup anda. Usah memaksa gaya potongan rambut panjang terurai jika anda adalah wanita yang banyak berada di luar rumah.
4. Berfikiran Realistik
Setiapkali anda mencari inspirasi atau rujukan tentang gaya potongan rambut, ketahuilah bahawa rambut selebriti yang ingin anda ikuti itu menggunakan ‘extension’ dan mereka menghabiskan masa berjam-jam di tangan mekap artist ataupun pendandan rambut.Sebaiknya anda mendapatkan nasihat daripada pendandan rambut sebelum anda potong rambut.
5. Siapkan Mental Untuk Gaya Rambut Baru Anda