Archive Pages Design$type=blogging

7 Cara Paling Berkesan Untuk Menghalau Tikus Di Rumah

Adakah anda fobia akan kehadiran makhluk yang bernama tikus? Jangan risau admin akan kongsikan cara halau tikus. Tikus merupakan sejenis bin...


Adakah anda fobia akan kehadiran makhluk yang bernama tikus? Jangan risau admin akan kongsikan cara halau tikus.
Tikus merupakan sejenis binantang yang bukan sahaja kotor dan cukup menggelikan, tetapi juga mengundang pelbagai penyakit yang boleh membawa kepada kematian.
Kehadirannya di dalam sesebuah kedai aman biar pun hanya seekor sudah cukup membuatkan seseorang itu berasa tidak senang duduk!
Tidak seperti binatang lain seperti nyamuk, membasmi atau menghalau tikus sangatlah sukar. Ini adalah kerana umur tikus yang relatifnya lebih panjang serta kemampuannya membiak memang cukup tinggi. Sekali melahirkan, minimumnya enam ekor dalam masa kehamilan yang singkat.
Jadi, tidak harianlah jika anda melihat tikus yang menjadi penghuni tidak diundang di kediaman anda semakin hari semakin banyak, seakan tidak habis-habis.
Disebabkan itulah juga kita memerlukan cara efektif agar tikus berasa tidak tenang berada di rumah kita. Ada beberapa cara yang kerap di lakukan untuk menghalau dan membasmi tikus seperti menggunakan racun tikus, perangkap tikus dan penghalau tikus elektrik.
Tetapi kita juga boleh menggunakan cara semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus ini. Berikut beberapa cara yang boleh anda cuba: 
1. Daun Pandan
Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai oleh tikus.
2. Kucing
Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus.Kucing merupakan musuh utama bagi tikus!
3. Buah Mengkudu
Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potonglah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.
4. Minyak Mint
Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.
5. Kapur Barus (DryobalanopsAromatica)
Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!
6. Cat BadanTikus
Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malahan turut membuatkawan-kawan tikusnya yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.
7. Buah Durian
Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap itu, anda makanlah. Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa gerun untuk singgah di kediamanan anda.
Keberkesanan cara-cara membasmi dan mengusir tikus-tikus tersebut bergantung pada banyak faktor, contohnya keadaan ruang dan kawasan persekitran kediaman anda itu sendiri.
Jadi, anda harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mengundang penyakit yang disebabkan oleh tikus, seperti penyakit kencing tikus!
Penyakit kencing tikus ini adalah antara penyakit berbahaya kerana kebanyakan yang menghidapinya berisiko untuk maut. Jagalah setiap pemakanan, persekitaran dan akitiviti anda dan keluarga setiap hari.Pastikan juga kediaman ada terjamin bersih dan bebas dari pada binatang bernama ‘tikus’ ini!

COMMENTS

INFORMASI$type=three$height=auto$meta=no$snippet=no$readmore=no$count=12

Name

cinta Dunia Informasi Inspirasi keluarga kerjaya kesihatan National Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Votalist Blog: 7 Cara Paling Berkesan Untuk Menghalau Tikus Di Rumah
7 Cara Paling Berkesan Untuk Menghalau Tikus Di Rumah
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgluOIbuBORJCK2Uf8CjGRg7C4lFe_zMKy9Li6A2ik7jy_uGkSXfwWxKXMSP0Zq5j0N_u3vcAtOtbS10GfyJaRPCY6qjIabMkzV5163y72S9Cxd0Ni3a8NRUGGNVUN0kb3UruSZ8M1UDShV/s640/tikus.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgluOIbuBORJCK2Uf8CjGRg7C4lFe_zMKy9Li6A2ik7jy_uGkSXfwWxKXMSP0Zq5j0N_u3vcAtOtbS10GfyJaRPCY6qjIabMkzV5163y72S9Cxd0Ni3a8NRUGGNVUN0kb3UruSZ8M1UDShV/s72-c/tikus.jpg
Votalist Blog
https://votalist.blogspot.com/2015/08/7-cara-paling-berkesan-untuk-menghalau.html
https://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/2015/08/7-cara-paling-berkesan-untuk-menghalau.html
true
4199623161816338455
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago