Archive Pages Design$type=blogging

Kisah Pengkhianatan Umno Ke Atas Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu

KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak pernah memasukkan sebarang wang derma untuk pilihan raya ke dalam akaunnya. ...





KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak pernah memasukkan sebarang wang derma untuk pilihan raya ke dalam akaunnya.

Bekas Perdana Menteri itu juga sedia maklum semua akaun peribadinya selama 22 tahun memerintah negara diperiksa oleh individu yang tidak berkepentingan bagi mengesahkan atau menafikan pengakuannya.

"Pada pilihanraya 1964 dan 1969, wang tunai berjumlah RM20,000 dari ibu pejabat diserah kepada saya untuk diagih kepada kawasan parlimen 40 peratus dan kawasan DUN 30 peratus tiap satu.

"Kerana saya tidak sanggup simpan wang tunai sebanyak RM20,000 ini, saya masukkannya dalam akaun saya, dan saya keluarkan cek kepada jawatankuasa pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mengikut agihan yang ditentukan oleh Ibu Pejabat.

"Wang ini bukan dari penderma tetapi ini adalah wang UMNO yang memang pun diberi kepada bahagian untuk kegunaan calon," katanya dalam catatan terbaharu di laman blognya.

Jelasnya, Jabatan Hasil Dalam Negeri telah geledah rumah dan kliniknya semasa disingkir dari parti pada tahun 1970.

"Mereka jumpa stub cek yang telah dikeluarkan oleh saya dan mereka mendakwa bahawa saya tidak lapor pendapatan saya sepenuhnya.

"Mereka mendenda saya sebanyak RM300,000 dengan amaran jika saya bantah dan pergi ke mahkamah saya akan dikenakan denda tiga kali ganda.

"Saya tidak pergi ke mahkamah. Sebaliknya saya merayu bahawa duit yang dimasukkan dalam akaun saya ialah dari parti. Tetapi Ibu Pejabat UMNO tidak mengaku wang itu dari UMNO," jelasnya.

Katanya lagi, dia akhirnya dikenakan denda sebanyak RM130,000 pada saat sudah dilantik menjadi Menteri dalam kerajaan.

"Saya membayar secara beransur-ansur dan selesai bayaran semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri," ujarnya. - KaptenPress

COMMENTS

INFORMASI$type=three$height=auto$meta=no$snippet=no$readmore=no$count=12

Name

cinta Dunia Informasi Inspirasi keluarga kerjaya kesihatan National Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Votalist Blog: Kisah Pengkhianatan Umno Ke Atas Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu
Kisah Pengkhianatan Umno Ke Atas Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEic0F_Karpw7w_p_nXdh_FjiH8Hnf2VCRioz4Q5zlWQ3aVerz4mE0XeP0_NwRiFGGUPLSBPZdJ9kzVcskHO8-Rb7OYK1dAZEpMmFxLIRg-486O3LGg-T642iIV-Wfawyd5okuoINahRBB6D/s640/tun.jpeg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEic0F_Karpw7w_p_nXdh_FjiH8Hnf2VCRioz4Q5zlWQ3aVerz4mE0XeP0_NwRiFGGUPLSBPZdJ9kzVcskHO8-Rb7OYK1dAZEpMmFxLIRg-486O3LGg-T642iIV-Wfawyd5okuoINahRBB6D/s72-c/tun.jpeg
Votalist Blog
https://votalist.blogspot.com/2015/08/kisah-pengkhianatan-umno-ke-atas-tun.html
https://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/2015/08/kisah-pengkhianatan-umno-ke-atas-tun.html
true
4199623161816338455
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago