Archive Pages Design$type=blogging

Suami Curang? Ini Sebab Kenapa Suami Curang Ketika Isteri Berpantang

Biasanya, kalau selepas bersalin, isteri akan ‘ demand ‘ untuk balik kampung duduk dengan emak dia. Katanya, ada orang boleh tolong tengok-t...


Biasanya, kalau selepas bersalin, isteri akan ‘demand‘ untuk balik kampung duduk dengan emak dia. Katanya, ada orang boleh tolong tengok-tengokkan, ada orang jaga. Kalau mahu harap suami, memanglah tidak boleh harap sangat.

Dan lagi, emak boleh tolong masakkan. Tak perlu susah-susah. Lagipun, emak sendiri, bukannya emak mertua. Boleh manja-manja kan?

Kenapa suami curang ketika isteri berpantang?

Namun, tahukah bahawa perkara sebegini adalah antara bibit-bibit yang boleh membuatkan suami curang ketika isteri berpantang. Apakah 11 sebab itu?


1. Mendapat kebebasan



Foto Kredit: tigweb.org

Bila isteri berada jauh di kampung, maka di sinilah bermulanya langkah suami yang rasa dirinya bebas. Ini adalah peluang yang pertama, kerana bila berjauhan, macam-macam boleh jadi. Siap ada yang bawa balik rumah! Nauzubillah.

Sudah tentu bila ada anak kecil, anak itu juga akan di ‘eksport‘ juga ke kampung. Lain kali, biar pantang di rumah sendiri.Biar dia tolong isteri, sengkang mata sama-sama.

2. Hasutan kawan-kawan

Mulalah ada yang mengajak, “Eh, relakslah bro. Bini kau bukan ada kat rumah. Kat kampung kan? Masa ni la kita enjoyyyy. Jom pi massage?

3. Tiada pantuan dari pihak berwajib

Apa tidaknya, isteri jauh di kampung. Maka terlepaslah dia dari kena audit telefon bimbit. Malahan pukul berapa suami balik juga tiada siapa peduli.

4. Suami ‘bajet‘ single

Apa tidaknya, bila jalan berseorangan, tampak seperti lelaki bujang trang-tang-tang pula. Bila berpakaian kemas sejurus balik pejabat, tentu ada mata-mata yang menyinggah.

5. Tidak hargai pengorbanan isteri

Kalaulah suami tahu betapa sakitnya isteri melahirkan anak, tentu dia tidak sanggup curang. Lain kali, cuba bawa suami masuk dalam labour room. Biar dia tengok dengan mata kepala dia sendiri.
Sekarang ini, sudah banyak hospital yang membenarkan suami masuk dalam labour room untuk temankan isteri. Mesra suami katanya.

6. Ada 4 kuota

Ada juga suami yang berkata, “Eh, kenal-kenal dengan perempuan lain je, bukannya ada apa-apa. Itu pun curang ke? Kau pahal, aku kan ada 4 kuota!”
Nak buat macam mana suami yang macam ni?

7. Pantang lama sangat, sampai 100 hari

Yang 44 hari pun tak boleh tahan, inikan lagi yang 100 hari. Wahai suami, 100 hari tu bukannya untuk isteri. Itu untuk kamu juga.
Bagi isteri peluang untuk ‘recover‘ sepenuhnya. Bukannya isteri tak mahu ‘bagi‘, cuma bawa bersabar boleh tak?

8. Kahwin kerana nafsu

Bila kahwini isteri semata-mata nak ‘main‘, maka beginilah jadinya.

9. Rasa sunyi

Antara alasan lain ialah sunyi katanya. Biasa bila balik rumah, ada orang yang dia boleh sembang. Bila sendirian begini, mulalah rasa sunyi

10. Rasa bosan

Bukan sahaja sunyi, suami pula kata rasa bosan. Sampai rumah, tidak tahu nak buat apa. Itu yang suami ligat capai handphone main WeChat, Whatsapp dan lain-lain. Kena pulak terjumpa dengan perempuan lain yang bosan juga.

11. Rasa diri terabai

Apa tidaknya, masa isteri ada, semuanya disediakan. Makan pakai semua lengkap. Bila isteri berpantang, mulalah rasa isteri hanya pentingkan baby sahaja. Bila rasa terabai begini, mulalah suami cari seseorang yang boleh ‘caring‘ pada dia.

Akhir kata



Foto Kredit: graciouslady.org

Sebenarnya, penat bila bercerita tentang kisah suami curang ketika isteri berpantang ini. Sudahlah penat mengandung, bila berpantang, begini pula suami layan isteri.

Semakin hari, semakin banyak kes ini terjadi. Kalau bukan kawan terdekat, dari kawan punya kawan kepada kawan terdekat.

Rasa-rasanya, apa penyelesaian terbaik untuk kes suami curang ketika isteri berpantang ini? Apa solusinya? - SirapLimau

COMMENTS

INFORMASI$type=three$height=auto$meta=no$snippet=no$readmore=no$count=12

Name

cinta Dunia Informasi Inspirasi keluarga kerjaya kesihatan National Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Votalist Blog: Suami Curang? Ini Sebab Kenapa Suami Curang Ketika Isteri Berpantang
Suami Curang? Ini Sebab Kenapa Suami Curang Ketika Isteri Berpantang
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhW0AOIMjks065G6NIrHji1_fDLakhDaNGit7riig6a-dPd8BhR5faSb1ertAFY9EBWAB3cfNCy1NulpGHRts4BPEspHODKvNf5H8M6G-C2X14Z6s8Bu-U-DmpQ-q3uzmiCN0d4JaCcuqdg/s640/bebas.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhW0AOIMjks065G6NIrHji1_fDLakhDaNGit7riig6a-dPd8BhR5faSb1ertAFY9EBWAB3cfNCy1NulpGHRts4BPEspHODKvNf5H8M6G-C2X14Z6s8Bu-U-DmpQ-q3uzmiCN0d4JaCcuqdg/s72-c/bebas.jpg
Votalist Blog
https://votalist.blogspot.com/2015/08/suami-curang-ini-sebab-kenapa-suami.html
https://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/2015/08/suami-curang-ini-sebab-kenapa-suami.html
true
4199623161816338455
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago