TERKINI | Hukuman terhadap tertuduh sudah dijatuhkan 1. Hukuman mati: Khairat Syater, Dr Ahmad Abdel Aaty dan Dr Mohammed al-Beltagi 2. Penj...
TERKINI | Hukuman terhadap tertuduh sudah dijatuhkan
1. Hukuman mati: Khairat Syater, Dr Ahmad Abdel Aaty dan Dr Mohammed al-Beltagi
2. Penjara seumur hidup: Dr Muhammad Mursi, Dr Muhammad Badie, Dr Esam al-Eryan, Saad al-Husaini, Hazem Faruq, Esam al-Haddad, Mohyi Hameed, Aiman Ali, Sofwat Hegazi, Khaled Saad, Dr Jehad al-Haddad, Eid Dahruj dan Ibrahim al-Darawy.
Mereka hanya hakim di dunia dan akan berhadapan dengan HAKIM sebenar di akhirat....
Hasbunallahu wa ni'mal wakeel...
TERKINI | Dr Mursi juga dihukum gantung dalam kes Penjara Wadi Nathroun
Pada hari ini telah dijatuhkan hukuman akhir terhadap dua kes. Dalam kes khianat dengan memberikan maklumat perisikan kepada Hamas, Mursi di jatuhkan hukuman penjara seumur hidup (seperti yang dilaporkan sebelum ini) dan dalam kes Penjara Wadi Nathroun, Mursi di hukum gantung.
Ada dua video yang berkaitan (Bahasa Arab):
1. Kes Khianat:
2. Kes Penjara Wadi Nathroun
Ini adalah reaksi wajah Dr Mursi ketika dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Mesir tadi.
Senyum, tenang dan bersahaja.
Inilah orang-orang yang percaya akan firman Allah dalam surah Al-Ahzab (boleh rujuk ayat 23) :
"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun."
Sayu.
Indahnya perihal orang mukmin itu, apa sahaja yang berlaku kepadanya, adalah kebaikan buatnya.
Dipenjara, memberikan dia peluang beruzlah dan bersendiri bersama Tuhan.
Dibunuh, dikurniakan Syahid di jalan Allah.
Dibuang negeri, ia adalah rehlah buat mereka.
Indahnya menjadi seorang mukmin yang hakiki.
Sumber : Mesirkini