P ada zaman yang moden ini, penyebaran ilmu menjadi semakin mudah. Segala jawapan kepada persoalan dapat diperolehi dari google mahupun lama...
Pada zaman yang moden ini, penyebaran ilmu menjadi semakin mudah. Segala jawapan kepada persoalan dapat diperolehi dari google mahupun laman sosial. Ada yang baik dan ada juga buruknya. Contohnya seperti penyebaran di bawah.
Post di atas memberi gambaran yang salah. Ilmu yang salah. Ini tidaklah seperti yang diajarkan dalam islam. Seorang Ustaz tampil memberikan penjelasan kepada isu di atas. Beliau kongsikan di Facebook beliau, Ustaz Abdul Malek Ladzim. Inilah penjelasan beliau :
"Lafaz sebegini tak jatuh talak. Lafaz ini dinamakan lafaz kinayah iaitu lafaz yg perlukan niat.
Contoh : "Awak baiklah Rumah Mak ayah awak ". Perkataan baliklah itu ada 2 makna iaitu balik yang sebenar dan juga mengandungi makna cerai. Jadi perkataan " balik " ini dinamakan kinayah @ ghairu sorih iaitu tidak jelas.Adapun lafaz yg sorih itu iaitu lafaz yg terang terangan menyebut lafaz cerai atau talak. Contoh : "Saya ceraikan awak ", "Saya talakkan awak ", "Jatuhlah talak keatas awak " dan lain2 seumpanya...
Jadi jangan keliru dengan posting seperti di atas ini."
Baca : Sudah Masuk Subuh Tapi Belum Mandi Wajib, Sahkah Puasa Saya?
Baca : Sudah Masuk Subuh Tapi Belum Mandi Wajib, Sahkah Puasa Saya?