Archive Pages Design$type=blogging

Mayat Kevin Morais Ditemui Dalam Tong Konkrit Pagi Ini - Polis

SUBANG JAYA: Polis menemui mayat Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dalam sebuah ton...


SUBANG JAYA: Polis menemui mayat Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dalam sebuah tong berisi konkrit di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ 1, pagi ini.


Mayat Morais, ditemui hasil pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara, sejak malam kelmarin.


Hasil pengakuan itu, sekumpulan pegawai dan anggota STAFOC kemudiannya membuat pemeriksaan ke lokasi kejadian, di mana mayat Morais dibuang, pada kira-kira jam 6 pagi tadi.


Setakat ini, polis yakin kes berkenaan dapat diselesaikan dalam masa terdekat selepas turut menahan beberapa individu termasuk dalang utama kes terbabit.


Dengan penemuan mayat itu juga, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati laluan memasuki jalan berkenaan ditutup daripada kunjungan orang awam sejak jam 7 pagi.


Turut kelihatan pergerakan keluar anggota dari pasukan penyelam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 8.15 pagi.


Pada jam 8.55 pagi, anggota STAFOC bergerak keluar dari lokasi penemuan mayat terbabit. Bau busuk juga dapat dihidu di kawasan terbabit, dengan jarak hanya 100 meter dari tempat pengamal media berhimpun.


Pada 4 September lalu, Kevin dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.


Sehari selepas itu, sebuah kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis yang sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengklasfikasikan kehilangan Morais sebagai kes dilarikan dan disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan. -Bharian

COMMENTS

INFORMASI$type=three$height=auto$meta=no$snippet=no$readmore=no$count=12

Name

cinta Dunia Informasi Inspirasi keluarga kerjaya kesihatan National Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Votalist Blog: Mayat Kevin Morais Ditemui Dalam Tong Konkrit Pagi Ini - Polis
Mayat Kevin Morais Ditemui Dalam Tong Konkrit Pagi Ini - Polis
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqDKL7ZH8LJBL7zDu8QGhAqdD1EBzXwEzrCbrpJflxKzp75YUkpVlZSfqItMITym-lPhFCdW37PcTWcJ2XGkXgzBg-Pt9B9qWcAAAL7R1LrLfe3TbqqT4g2wBKbHSymJLp_SJJmIeTe3cP/s640/kevin.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqDKL7ZH8LJBL7zDu8QGhAqdD1EBzXwEzrCbrpJflxKzp75YUkpVlZSfqItMITym-lPhFCdW37PcTWcJ2XGkXgzBg-Pt9B9qWcAAAL7R1LrLfe3TbqqT4g2wBKbHSymJLp_SJJmIeTe3cP/s72-c/kevin.jpg
Votalist Blog
http://votalist.blogspot.com/2015/09/mayat-kevin-morais-ditemui-dalam-tong.html
http://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/2015/09/mayat-kevin-morais-ditemui-dalam-tong.html
true
4199623161816338455
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago