post-feature-image
HomeNational

Polis Dedah Motif Dan Dalang Pembunuhan Kevin Morais

SUBANG JAYA: Polis tidak tolak kemungkinan terdapat unsur dendam dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais, yang dit...




SUBANG JAYA: Polis tidak tolak kemungkinan terdapat unsur dendam dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais, yang ditemui mati dalam tong dram di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ1, di sini, pagi tadi. 

Baca : Kronologi Penuh Pembunuhan Kejam Kevin Morais

Motif ini adalah berdasarkan tangkapan seorang bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang sedang menjalani satu perbicaraan mahkamah di Shah Alam berhubung satu kes rasuah dikendalikan mangsa sebagai pihak pendakwaraya.

Polis percaya kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais mempunyai kaitan dengan kes satu kes rasuah yang sedang disiasat melibatkan seorang doktor yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia.

Menurut kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, polis setakat ini masih belum dapat memastikan motif pembunuhan.

Kita percaya pembunuhan Kevin ini ada kaitan dengan doktor terbabit berikutan mendiang ada menjalankan siasatan terhadap kes rasuah melibatkan doktor terbabit.

Maklumat ini kita dapat daripada lima suspek lelaki yang kita tahan pada semalam (Selasa),” katanya memetik laporan dari FMT.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh, berkata pegawai berusia 52 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di Rawang, yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman sejak awal pagi semalam.


Penahanan individu yang juga suspek utama itu juga katanya, sekali gus melenyapkan pelbagai spekulasi sebelum ini termasuk mengaitkan kehilangan Kevin Morais dengan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan kes pembunuhan pengasas kumpulan perbankan Ambank, Hussain Ahmad Najadi.


"Setakat ini juga, polis sudah tangkap tujuh individu yang ada kaitan dengan kes bunuh ini iaitu suspek berusia antara 22 dan 52 tahun.


"Lima yang ditahan adalah suspek utama, dua lagi wanita dan kanak-kanak, bukan saksi utama," katanya turut memaklumkan ada lagi beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi menyelesaikan siasatan. 

Tonton : Video Di Tempat Kejadian Pembunuhan Kevin Morais


Ditanya mengenai kereta yang ditemui di Hutan melintang sebelum ini, Mohmad berkata, pihaknya percaya, 99 peratus kereta terbakar itu ada kaitan dengan kes bunuh Kevin Morias berdasarkan kesan kemalangan.


Pada 4 September lalu, Kevin dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. 


Sehari selepas itu, sebuah kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis yang sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengklasifikasikan kehilangan Morais sebagai kes dilarikan dan disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Name

cinta Dunia Informasi Inspirasi keluarga kerjaya kesihatan National Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Votalist Blog: Polis Dedah Motif Dan Dalang Pembunuhan Kevin Morais
Polis Dedah Motif Dan Dalang Pembunuhan Kevin Morais
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJpiE76uyp-1CUTOJ6h7CTopl1AsUX1M37S4ySWJcZIIs1MheXko05C0Q_0VT0blPygjj7hvSulTjxEiVzpgGZEV7jHyy8BdTo3kEztCu1RhTqy9Iz_zscXhXiWqDRmRyE1Kp3kJ3njExh/s640/7E05B6251F536018A670AD98FF52E8B8_low.transformed.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJpiE76uyp-1CUTOJ6h7CTopl1AsUX1M37S4ySWJcZIIs1MheXko05C0Q_0VT0blPygjj7hvSulTjxEiVzpgGZEV7jHyy8BdTo3kEztCu1RhTqy9Iz_zscXhXiWqDRmRyE1Kp3kJ3njExh/s72-c/7E05B6251F536018A670AD98FF52E8B8_low.transformed.jpg
Votalist Blog
http://votalist.blogspot.com/2015/09/polis-dedah-motif-dan-dalang-pembunuhan.html
http://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/2015/09/polis-dedah-motif-dan-dalang-pembunuhan.html
true
4199623161816338455
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago