Betik merupakan buah-buahan tropika yang mempunyai banyak khasiat dan juga rasa yang luar biasa. Manfaat buah papaya adalah: Betik adalah su...
Betik merupakan buah-buahan tropika yang mempunyai banyak khasiat dan juga rasa yang luar biasa. Manfaat buah papaya adalah:
- Betik adalah sumber yang kaya dengan nutrien antioksida seperti karotin, vitamin C dan flavonoid, vitamin B, folate dan asid Pantothenic, dan mineral, kalium dan magnesium. Semua nutrien ini adalah perlu untuk mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit.
- Mengambil 2-3 hidangan betik setiap hari boleh mengekalkan penglihatan anda, ini adalah disebabkan oleh cartotene beta dan vitamin A yang terkandung di dalamnya.
- Ia juga membantu dalam meningkatkan sistem imuniti badan kita. Vitamin A dan vitamin C adalah penting untuk mengukuhkan sistem imun anda dan membantu melawan jangkitan.
- Betik adalah perlindungan kulit yang sangat bagus kerana kerana mengandungi vitamin E dan Beta Karotena. Sebab itulah betik digunakan untuk penghasil krim untuk dijadikan face mask dan ia juga digunakan untuk produk kosmetik lain. Vitamin E menyokong pengeluaran kolagen, yang merupakan bahan yang membuat kulit anda kelihatan muda. Manakala Beta Karotena berfungsi melicinkan atau menghilangkan kedutan dan menjadikan kulit anda sihat.
- Betik juga mempunyai aktiviti anti-kanser, dimana seratnya mampu menghalang kepada penyebab kanser toksin dalam usus, sekali gus ia dapat menghalang mereka daripada merosakkan sel-sel usus besar. Juga, kerana kandungan yang kaya dengan serat, betik dapat membantu untuk menjaga usus anda supaya sentiasa sihat.
- Betik juga boleh membuatkan anda merasa santai kerana ia mampu mengurangkan tahap tekanan anda. Vitamin C pula membantu mengawal aliran hormon tekanan, betik memang mengandungi vitamin C dan ia sangat sesuai untuk dijadikan makanan ringan apabila anda rasa tertekan.
Kenapa anda tidak boleh buang bijih buah Betik?
Biji betik juga mempunyai kegunaan yang tersendiri ia juga bermanfaat, oleh itu jangan dibuang . biji hitam dengan selaput jernih ini memiliki nutrisi penting dengan khasiat seperti berikut:
- Merupakan antibakteria yang efektif melawan bakteria E-coli, Salmonella, dan infeksi Staphylococcuc. Menjaga kesihatan ginjal. Ekstrak bbiji betik mampu melindungi ginjal dari racun yang merosakkan fungsi ginjal.
- Membunuh parasit dalam pencernaan. Sudah terbukti bahawa biji betik mampu membenteras parasit dalam pencernaan. Dalam sebuah kajian terhadap anak-anak Nigeria yang mengidap parasit dalam pencernaan, 76.6% dinyatakan bebas parasit setelah tujuh hari memakan biji betik.
- Membersihkan hati dari pelbagai racun. Dalam perubatan China, satu sudu teh biji betik dapat membantu mendetoksifikasi hati (liver). Oleh itu biji betik sering galakkan oleh para doktor naturopati untuk perawatan Cirrhosis liver (pengerasan hati).
- Untuk menikmati biji betik, makan secara terus atau dikeringkan dan dihaluskan. Atau, campur 1/4 cangkir biji betik dengan satu sudu madu.
Sumber : diarikurus.com