Archive Pages Design$type=blogging

3 Perkara Yang Menyebabkan Anda Masih Kekal Miskin

Zaidi Ismail. Kalau anda berani baca tip kewangan yang 100% berlawanan dengan apa yang anda telan selama ini, baik tak payah baca. Kalau and...



Kalau anda berani baca tip kewangan yang 100% berlawanan dengan apa yang anda telan selama ini, baik tak payah baca.
Kalau anda berani dan ada “telor” nak memahami bagaimana seseorang itu kaya dan makin kaya tanpa ada masalah kewangan, maka artikel ini dapat membuka mata dan hati (Insya Allah).

Tiga jenis pengorbanan yang kita tak sanggup buat, dan memberi kesan pada kewangan diri.

Setelah beberapa ketika saya berkongsi masalah kewangan yang dilontarkan oleh rakan-rakan di laman sosial ini, cara dan kaedah penyelesaian masalah kewangan terutama beban hutang yang ditanggung netizen-netizen ini, ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan kaedah yang dikongsikan terutama yang melibatkan:
1) Pengorbanan emosi.
2) Pengorbanan hati.
3) Pengorbanan perasaan.
Dalam konteks kewangan, setiap tindakan kewangan yang diambil pasti melibatkan kos.

Macam mana selesaikan hutang RM12,000.

Sebagai pengamal di dalam indusri kewangan dan pelaburan, mencari kos termurah adalah wajib.
Dalam konteks kewangan semua ini dikira menggunakan nombor-nombor tertentu serta formula-formula matematik tertentu sebagai ukuran atas penanda aras akan keberkesanan tindakan kewangan terbabit.
Sebagai contoh:
1) Hutang peribadi sebanyak RM10K dalam tempoh 10 tahun dengan kadar keuntungan 5% akan mengakibatkan kos sebanyak RM2,727.86 pada individu terbabit.
2) Yakni hutang RM10K tetapi bayaran balik adalah sebanyak RM12,727.86 sepanjang tempoh 10 tahun.
3) Oleh itu untuk golongan seperti saya akan mencari kos serendah mungkin dalam apa jua transaksi kewangan terutama dalam proses penyelesaian hutang, lebih rendah kos suatu punca kewangan atau modal lebih cepat dan efisien hutang dapat di langsaikan.

Wang tidak ada emosi pada kita, tetapi kenapa kita beremosi dengan wang?

Oleh yang demikian kos termurah (tiada kos) yang melibatkan seseorang individu berkaitan kewangan adalah kos yang tidak berkaitan dengan kewangan seperti emosi, hati dan perasaan yang boleh digunakan untuk untuk menyelesaikan masalah atau hal-hal berkaitan kewangan.
Kerana wang itu sendiri tidak mempunyai emosi, satu eksperimen ringkas boleh dilakukan untuk membuktikan pandangan ini.
1) Sebagai contoh, ambil wang tunai bernilai RM1K dan bakar wang tersebut di hadapan pemiliknya.
2) Cuba perhatikan adakah wang tersebut akan meraung kesakitan atau pemiliknya yang meraung? Kenapa mesti terasa atau beremosi dengan wang sedangkan wang tidak memiliki emosi.
Begitu juga apabila ada yang terasa atau beremosi apabila cadangan penstrukturan semula kewangan menyentuh ahli keluarga, rakan taulan, sedara mara, ibu bapa dan sebagainya.

“Apa kata orang?” – Ini kanser kewangan yang paling bahaya.

Komen-komen seperti, “Apa orang kata nanti ?”, “Mak abah tak terasa ke?” , “Nanti anak-anak bising” , “Kesian kucing tu kena jual” dan sebagainya sedangkan perkara-perkara ini tidak memberi sumbangan ke atas kesejahteraan kewangan kita.
Sebelum difikirkan emosi dan perasaan orang lain, dahulukan yang lebih penting , iaitu diri dan keluarga kita (anak, isteri & suami) kerana itu adalah keutamaannya.
Taklimat keselamatan didalam pesawat udara pun akan menyuruh kita memakai tali pinggang atau alat keselamatan ke atas diri kita dahulu sebelum memakaikannnya pada anak kita sendiri.

Berkorban untuk masa depan kewangan yang lebih baik.

Saya percaya , untuk berjaya dari segi kewangan, emosi, hati dan perasaan terpaksa di korbankan demi mencapai matlamat kewangan seseorang individu kerana kosnya yang jauh lebih rendah atau murah berbanding wang itu sendiri.
Penafian: Perkongsian pandangan diatas adalah berdasarkan pengalaman penulis berkaitan perancangan kewangan dan pelaburan bukan dari sudut motivasi, agama atau psikiatri (kesihatan jiwa).

Anda sanggup berkorban atau sanggup terkorban kerana tindakan bodoh sendiri?

Tok sendiri terkesan dan akur selepas baca perkongsian Zaidi Ismail ini. Kita sibuk sangat fikir “apa kata orang“ setiap kali mahu buat keputusan yang melibatkan wang ringgit.
Tak payah pergi jauh. Ambil kawan Tok sendiri.
Beliau sanggup berhutang ratus ribu ringgit untuk pakai kereta mewah bagi menjaga “standard” keluarga mertuanya yang memang hidup mewah.
Sekarang? Tok rasa korang pun dah boleh agak. Hidup memang merana, sempit dan jadi bodoh tak pasal-pasal.

BACA : Berpendapatan RM3500 Sebulan Tanpa Masak Nasi Lemak! Hanya Bekerja 5 jam Sehari

COMMENTS

INFORMASI$type=three$height=auto$meta=no$snippet=no$readmore=no$count=12

Name

cinta Dunia Informasi Inspirasi keluarga kerjaya kesihatan National Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Votalist Blog: 3 Perkara Yang Menyebabkan Anda Masih Kekal Miskin
3 Perkara Yang Menyebabkan Anda Masih Kekal Miskin
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiL_bRaagOxkyE7cnQPdBUFNHXQEicBRxgrxCfqPrBFehxCsEhJ8BrpCdVJsGoNrigThRWpnU2hbZjf7iEdAX-wygaOla0L3Epc5-8KjRMmSx-axrPv0Abgq069GBJNZTPpnCt7H_YOMcFY/s640/marhaban.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiL_bRaagOxkyE7cnQPdBUFNHXQEicBRxgrxCfqPrBFehxCsEhJ8BrpCdVJsGoNrigThRWpnU2hbZjf7iEdAX-wygaOla0L3Epc5-8KjRMmSx-axrPv0Abgq069GBJNZTPpnCt7H_YOMcFY/s72-c/marhaban.jpg
Votalist Blog
https://votalist.blogspot.com/2015/08/3-perkara-yang-menyebabkan-anda-masih.html
https://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/2015/08/3-perkara-yang-menyebabkan-anda-masih.html
true
4199623161816338455
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago