Archive Pages Design$type=blogging

Rahsia Disebalik Penutupan Bank Greece. Pegawai Bank Tidak Akan Dedahkan Ini

Media massa, cikgu, ahli politik dan juga orang bank tidak akan memberitahu anda perkara ini, biar saya yang bagitahu anda supaya anda membu...



Media massa, cikgu, ahli politik dan juga orang bank tidak akan memberitahu anda perkara ini, biar saya yang bagitahu anda supaya anda membuka mata hati dan lebih celik melihat perkara sebenar yang berlaku di dunia yang telah dikaburi ini.

Raja kepada sistem pemusnah dunia - FRS



Hari ini saya nak terangkan tentang Fractional Reserve System (FRS). Satu sistem dimana perbankan di seluruh dunia mencipta duit. Duit yang kita miliki bukan lagi disandarkan dengan 'simpanan emas - gold standard' bermula dari tahun 1971 lagi (Bretton Woods), tetapi duit kita hari ini tak kira lah duit fizikal atau duit elektronik tidak disandarkan dengan apa-apa lagi. Ianya di panggil duit fiat - duit yang dihasilkan atas persetujuan kuasa-kuasa tertentu. Semakin banyak duit dicipta, semakin jatuh nilai duit tersebut. 
Semakin jatuh nilai duit berkadaran langsung dengan peningkatan inflasi. Semakin tinggi inflasi, semakin tinggi harga barang dan service dan ini menyebabkan kita makin miskin dan miskin. Faham? Secara dasarnya kita kena tahu dari mana duit dicipta dan kita harus bersama hapuskan sistem ini. Apa yang saya nak terangkan ini tidak diajar disekolah dan di universiti, bahkan orang-orang besar bank pon kebanyakkan tak tahu sistem ini. Anda akan belajar sesuatu yang besar hari ini. InsyaAllah ilmu ini akan dapat membantu anda.

Awak bayangkan di Malaysia ini ada satu bank sahaja untuk memudahkan penyampaian cerita saya. Dan bank tersebut saya gambarkan seperti di gambar diatas. Ikut turutan nombor yang disediakan;

(1). Carl ada RM1000 hasil berniaga dan simpan duit tersebut ke dalam bank dan dalam buku akaun dia tertulis Carl dah deposit RM1000 ke dalam bank. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM100) duit Carl di dalam reserve bank dan 90% (RM900) lagi bank akan memberi loan kepada orang yang memerlukan.

(2), (3) & (4). Belle membuat personal loan dari bank sebanyak RM900. Duit yang Belle pinjam itu terus bank masukkan ke dalam akaun Belle secara elektronik dan dalam buku akaun dia tertulis Belle mempunyai deposit sebanyak RM900. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM90) duit Belle di dalam reserve bank dan 90% (RM810) lagi bank akan memberi loan kepada orang yang memerlukan.

(5), (6) & (7). Apa yang berlaku kepada Belle, sama berlaku kepada John and Steve. Sehingga (8) pihak bank memutuskan untuk tidak teruskan lagi memberi pinjaman kepada orang seterusnya (memudahkan cerita).

(9). Jika diperhatikan dengan teliti di dalam kotak hitam (reserve bank), bank hanya mempunyai duit sebanyak RM1000 sahaja (RM100 + RM90 + RM81 + RM729) seperti jumlah asal yang Carl masukkan ke dalam bank. Tetapi jika dikira melalui buku akaun peminjam dan termasuk Carl, duit mereka secara total adalah sebanyak RM3439! (RM1000 + RM900 + RM810 + RM729). Bank berjaya membuat duit dari RM1000 menjadi RM3439 secara digital tanpa anda sedar. Begini lah caranya bank membuat duit melalui simpanan dan pinjaman anda.

(10). Itu kalau saya stop sampai Steve sahaja. Kalau saya teruskan lagi dengan bank memberi pinjaman demi pinjaman, melalui (FRS - 10%) ini, pihak bank mampu membuat dari deposit sebanyak RM1000 menjadi RM9,999. Dan lebih dasyat lagi RM1,000,000 menjadi RM9,999,999!

Disebabkan ini lah punca sebenar kenapa nilai duit kita makin jatuh hari demi hari. Semakin banyak duit dipasaran, semakin jatuh nilai duit. Barang menjadi semakin mahal. Yes bank itu institusi paling kejam di dunia, dan sistem yang terbina atas dasar 'riba' ini merupakan satu sistem yang amat berbahaya sekali dan tetapi jauh lebih kejam jikalau anda sendiri yang menyokong sistem ini. Anda menyimpan ke dalam bank dan membuat loan dengan bank. Penggunakan kad kredit dan kad debit adalah penyumbang terbesar kepada sistem ini. Tanpa anda, sistem ini pasti akan musnah. Kalau tak percaya, apa kata kita semua rakyat Malaysia keluarkan duit dari bank-bank di Malaysia. Hanya 10% sahaja orang yang akan dapat duit mereka disebabkan bank memang tiada duit, mereka hanya cipta duit secara maya sahaja melalui digit-digit dalam buku akaun dan akaun online anda.

Kalau nak simpan duit, saya galakkan tukarkan duit tersebut kepada komoditi seperti emas atau perak. Kerana barangan komoditi ini tidak akan hilang nilai. Semakin jatuh nilai duit, semakin tinggi harga komoditi. Kena jadi bijak dan percaya kepada Allah.

p/s: Now dah tau kenapa sebenarnya rakyat Greece mengeluarkan wang mereka dari Bank? Dah tahu kenapa saya begitu memperjuangkan anti-riba. Kenapa saya tidak menggalakkan penggunaan elektronik money (debit & kredit kad)? Jarang menggunakan khidmat bank? Tiada kad kredit? Mana yang saya boleh elak saya elak dan kalau lagi best kita sama-sama beri kefahaman ini kepada seluruh orang Islam kita. Jatuhkan institusi kewangan ini dan naikkan institusi kewangan Islam. Ingat, zaman kegemilangan Islam tiada institusi bank.

SEBARKAN. BIAR LEBIH RAMAI SEDAR AKAN TIPU DAYA INI. MOGA ALLAH MERAHMATI PERJUANGAN KITA DI BULAN RAMADHAN INI. ALLAH ALWAYS NO 1. 

COMMENTS

INFORMASI$type=three$height=auto$meta=no$snippet=no$readmore=no$count=12

Name

cinta Dunia Informasi Inspirasi keluarga kerjaya kesihatan National Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Votalist Blog: Rahsia Disebalik Penutupan Bank Greece. Pegawai Bank Tidak Akan Dedahkan Ini
Rahsia Disebalik Penutupan Bank Greece. Pegawai Bank Tidak Akan Dedahkan Ini
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFkiFkI90bZZWoHeZcNJLaOiO6WYEm8MYZoEWBp1Lh7oFgESfZ5F7uXotn65UiYt2o_QO57cpwI9LFzoSv8qpI6w1J6TZElYYPDZ_vblzM8mVXWedt_QJuKRZMtT3RdQwTkk_6O_sAochG/s640/bank-of-greece-police-getty-1024x640.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFkiFkI90bZZWoHeZcNJLaOiO6WYEm8MYZoEWBp1Lh7oFgESfZ5F7uXotn65UiYt2o_QO57cpwI9LFzoSv8qpI6w1J6TZElYYPDZ_vblzM8mVXWedt_QJuKRZMtT3RdQwTkk_6O_sAochG/s72-c/bank-of-greece-police-getty-1024x640.jpg
Votalist Blog
http://votalist.blogspot.com/2015/07/rahsia-disebalik-penutupan-bank-greece.html
http://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/2015/07/rahsia-disebalik-penutupan-bank-greece.html
true
4199623161816338455
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago