Istana Syarqiyyah ialah istana terbaru Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mempunyai 100 bilik dengan 14 pintu gangsa. Istana...
Istana Syarqiyyah ialah istana terbaru Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mempunyai 100 bilik dengan 14 pintu gangsa. Istana tersebut direka oleh arkitek Bill Bensley.
Istana tersebut memukau orang ramai dengan seni reka bentuk dan juga hiasan dalam yang seakan-akan istana fantasi. Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengisytiharkan permasyhuran istana baharu di Bukit Cendering dengan nama Istana Syarqiyyah dan menjadi istana rasmi baginda.
Baginda bertitah demikian pada surat watikah yang disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada majlis Pemasyhuran Nama dan Istiadat Menaikkan Bendera di istana baharu itu.
Istiadat bermula dengan laungan azan oleh pegawai agama istana diikuti upacara menaikkan Bendera Sultan sebelum Ahmad membacakan pengisytiharkan permasyhuran nama istana berkenaan sebagai Istana Syarqiyyah yang bermaksud Permata Timur.
Istana Syarqiyyah merupakan istana utama baginda sultan dan segala majlis rasmi akan berlangsung di istana berkenaan.
Gambar oleh Von Wong :

Air pancut dan menara yang menggabungkan seni bina Terengganu dan Alhambra.
Alhambra Room |
Sebelum |
Selepas |
Keluasan salah satu bilik istana |
Apa komen anda wahai rakyat jelata?