Setelah Tun menunggu Najib Razak 2 jam.. Ini adalah ucapan yang sempat Tun ucap dalam masa kurang 10 minit: "....Bertanggungjawab untuk...
Setelah Tun menunggu Najib Razak 2 jam.. Ini adalah ucapan yang sempat Tun ucap dalam masa kurang 10 minit:
"....Bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang telah berlaku dan kenapa saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong DS Najib walaupun dia adalah anak Tun Razak yang menjadi idola saya dahulu yang menyebabkan saya dapat jadi PM. Saya amat terhutang budi pada Tun Razak. Sebab itu saya hendak DS Najib meneruskan perjuangan Tun Razak. Sebab itu saya sokong DS Najib.
Tetapi saya dapati banyak dasar-dasarnya tidak membawa kebaikan kepada negara. Dia terlalu tunduk kepada Singapura. Dia terlalu tunduk kepada Amerika. Sehingga nak buat keretapi di negara sendiri pun dia bertanya kepada PM Singapura. Bolehkah saya buat keretapi laju di negara sendiri? Dia bagitahu tak boleh. Jadi DS Najib sendiri pun tak bolehlah... pasal PM Singapura tak setuju.
Jadi apakah negara kita ini sudah merdeka? Atau kita masih dijajah. Ternampak bagi saya seolah-olah negara kita masih dijajah. Banyak sudah rancangan dan polisi lama yang dibatalkan dan digantikan dengan dasar-dasar baru ciptaannya sendiri yang saya tak bersetuju. Namun saya tahan hati. Saya beritahu kepada diri saya, saya bukan PM. Masa saya sudah habis. Ini masa DS Najib dan saya tak patut ganggu. Saya bertahan lama.
Tetapi apabila kehilangan wang berbillion ringgit. Saya dapati ini tak boleh dibenarkan kerana perbuatan ini dibuat secara sulit. Tidak diberitahu kepada rakyat dan tak diberitahu kepada kabinet pun. Saya ingin menceritakan daripada mula, diwaktu mana cadangan dibuat, dimana duit minyak Terengganu mahu digunakan untuk pelaburan. Dan ditubuhlah satu badan pelaburan TIA, Terengganu Investment Authority. Tetapi walaupun ia milik Terengganu tetapi negeri itu sendiri tak berkuasa atas pengurusan wang tersebut.
Segala pengurusnya dilantik oleh DS Najib. Saya bermula pendapat bahawa ini adalah cadangan yang baik. Seperti Kuwait dulu boleh melabur. Dan menjadi lebih kaya. Tetapi saya dapati pengurusannya tidak seperti yang dikehendaki. Yang pertamanya, telaga minyak Terengganu mahu digadai nak dijadi collateral untuk pinjaman wang. Ini telaga minyak Terengganu adalah milik Terengganu dan telaga minyak milik negara. Kita tak boleh gadai semudahnya. Zaman dulu kita biasa gadai tanah untuk nak dapat bantuan daripada British. Bagi Pulau Pinang, bagi Singapura pada orang. Ini nak digadai harta kita kepada orang dan dibuat pula tanpa tanya orang negeri Terengganu.
Saya diberitahu bahawa tiba-tiba cadangan dibuat untuk pinjam sebanyak 5 billion Ringgit dengan cagaran telaga-telaga minyak Terengganu. Pihak Istana tidak setuju dan disuruh supaya pinjaman ini ditangguhkan tetapi DS Najib teruskan juga sebab itu Terengganu asingkan diri daripada perkara ini. Pada masa itu pun sudah ada Jho Low menghasut sana sini supaya diadakan pelaburan........ (Polis memberitahu Tun arahan telah dibuat supaya Tun diberhentikan dari berucap)"