Pengguna Facebook bernama Katherine Jarmy yang bekerja di sebuah hospital telah berkongsi satu trik ini untuk pengguna iPhone yang mungkin b...
Pengguna Facebook bernama Katherine Jarmy yang bekerja di sebuah hospital telah berkongsi satu trik ini untuk pengguna iPhone yang mungkin berguna di waktu kecemasan dan berpotensi menyelamatkan nyawa sesiapa sahaja jika berlaku kecemasan.
Adakah anda tahu tentang fungsi Medical ID yang terdapat pada iPhone anda?
Sistem operasi ios 8 membolehkan anda mengakses “Medical ID” daripada skrin “Emergency Call”. Jika “Medical ID” boleh di akses di skrin “Emergency Call”, orang lain dapat membantu jika anda di dalam kecemasan. Untuk membuat “Medical ID”, akses applikasi “Health” dan ikuti arahan yang diberikan.
Langkah Pertama: Pergi ke aplikasi “Health”
Langkah kedua: Pilih Medical Id di ruangan bawah skrin
Langkah ketiga: Sekarang, isi maklumat peribadi anda!