Berbeza dengan lelaki idaman wanita, lelaki pendiam ini lebih gemar menyendiri dan jarang bergaul dengan orang lain.Lelaki pendiam ini serin...
Berbeza dengan lelaki idaman wanita, lelaki pendiam ini lebih gemar menyendiri dan jarang bergaul dengan orang lain.Lelaki pendiam ini sering diperlekeh oleh lelaki yang kononnya “macho”.
Sebenarnya, untuk mendekati lelaki pendiam ini bukan mudah. Anda kena betul-betul bijak untuk mengambil hatinya.Tidak semua wanita sukakan lelaki yang handsome dan macho semata-mata. Ada juga yang berminat dengan lelaki pendiam. Lelaki pendiam ini lebih tenang dan tidak terburu-buru. Mudah dibawa berbincang dan yang paling utama, menyenangkan hati. Bagaimana mahu memikat lelaki pendiam ini?
Tips Memikat Lelaki Pendiam
#1. Kenali Si DiaJika anda mahukan cara terbaik memikat mereka, mulakan dengan langkah pertama bertanyakan tentang pelajarannya, kerjaya, keluarga dan apa yang mereka sukai di masa lapang. Percayalah, mereka sangat menyukai gadis yang bertanyakan hal mereka walaupun mereka nampak malu pada permulaan.
#2. SensitifSesetengah lelaki sukakan wanita yang agresif, tapi untuk lelaki pendiam, si gadis perlu lebih peka terhadap perasaan si jejaka. Jika terlalu mendesak, kemungkinan anda hanya menakutkan si dia. Perlahan-lahan tonjolkan diri anda dan anda bakal mendapat respon yang baik.
#3. Bersikap Comel Dan ManisCara lain untuk memikat si dia adalah dengan bersikap secomel mungkin. Cuba latih diri anda untuk bersikap pura-pura malu walaupun anda adalah seorang yang sangat terbuka.
#4. Bersikap RamahSesetengah lelaki menyukai gadis yang tidak terlalu ‘sweet’ ataupun peramah, namun untuk kategori lelaki pendiam, mereka sebenarnya mencari gadis yang boleh dijadikan rakan. Cuba lah bersikap ramah dan bercakap dengannya apa jua topik semasa. Dari situ, anda akan jumpa persamaan masing-masing.
#5. Jangan GelojohLelaki pendiam tidak sukakan gadis yang terlalu mendesak dan agresif. Perlahan-lahan mengambil hati mereka.
#6. PujianSemua lelaki sukakan pujian. Seperti mana wanita, semua jejaka gemarkan wanita yang menyukai dirinya memberikan pujian. Mulakan dengan pujian yang lebih mudah contohnya anda sukakan warna baju atau fesyen terbaru rambutnya. Untuk yang lebih berani, puji bentuk tubuhnya. Pujian adalah kunci kepada hati lelaki!
#7. Lakukan Secara LembutJadilah gadis yang mudah didekati, sentuh hatinya secara lembut dan halus dengan membiarkan dia tahu bahawa anda suka dia!
#8. Gerak Bahasa TubuhPerhatikan bahasa tubuhnya adakah si dia benar-benar bertindak balas dengan usaha anda selama memikat si dia. Adakah dia mula memikat anda? Jika ya, inilah tanda si dia mula memberi ruang kepada anda. Jika tidak, anda harus berusaha lagi.
#9. Bersikap KelakarPastikan anda mempunyai personaliti yang benar menarik hati si dia. Anda boleh menjadi seorang yang kelakar dan usiklah si dia asalkan tidak sampai memalukannya. Ini mungkin boleh melegakan ketegangan di dalam dirinya.Memikat lelaki pendiam yang agak pemalu ini tidaklah semudah memikat lelaki lain. Anda perlu bersabar dalam mengenali mereka. Jangan biarkan mereka berasa tidak selesa dengan kehadiran anda.