Selepas video luahan rasa Siti Azzahra Abd Razly yang mewakili suara golongan muda seluruh Malaysia di hadapan Timbalan Perdana Menteri meng...
Selepas video luahan rasa Siti Azzahra Abd Razly yang mewakili suara golongan muda seluruh Malaysia di hadapan Timbalan Perdana Menteri mengenai kos sara hidup yang membebankan tersebar ramai dilihat golongan sudah berjaya mula mengkritik beliau.
Rata-rata mereka mempertikaikan apa yang dikatakan oleh Zahra berkenaan tetapi walaubagaimanapun apa yang diperkatakan oleh Zahra tersebut sebenarnya di sokong ramai golongan muda.
Selepas pelbagai cemuhan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya seperi dari peguam, pekerja Petronas dan artis, Siti Azzahra atau lebih mesra dengan panggilan Zahra telah tampil menjawab segala cemuhan dan kritikan tersebut.
Mengenai naik kereta dan hanya hujung bulan baru menaiki LRT, berikut adalah jawapan Zahra.
To those who are bashing me on LRT issue, thank you. Saying i'm manja and spoiled, thank you. I'm a girl with no efforts, thank you.— Lala (@zahra_razly) July 15, 2015
Zahra juga menceritakan tentang hidupnya di mana dia terpaksa menanggung kedua orang tuanya yang tidak dapat bekerja kerana kemalangan.
Siapa yg kenal saya tahu mcm mana perangai saya. Yes i'm not married. But i am supporting my parents and brother for a living now.— Lala (@zahra_razly) July 15, 2015
My parents x boleh lagi bekerja disebabkan kemalangan jln raya. So saya yg menyara mereka skrg.— Lala (@zahra_razly) July 15, 2015
Kerana dia pergi menaiki kereta? beliau berkata dia hanya meminjam kereta bapanya dan bapanya hanya menaiki motosikal. Sebab utama dia menaiki kereta kerana sebelum itu beliau telah dua kali cuba diserang. Serang bagaimana itu Zahra tidak nyatakan pula.My dad has no car and naik motor skrg sbb bagi saya pinjam kereta dia. Why?Cause i hv been assaulted twice before.— Lala (@zahra_razly) July 15, 2015
Dan ada mereka yang mendakwa Zahra menyewa rumah mahal untuk dikongsi lapan orang, ada yang menbuat kesimpulan Zahra menyewa rumah beharga RM4000 sebulan selepas mereka membuat kesimpulan sendiri mendarapkan RM500 dengan lapan orang.
Saya tidak menyewa rumah kos rm4000. Maksud saya, sebab x mampu tinggal rumah dkt dgn tempat kerja yg kos rm500, ....— Lala (@zahra_razly) July 15, 2015
...saya perlu duduk berhimpit 8 org serumah utk kurangkan kos rm500 itu.— Lala (@zahra_razly) July 15, 2015
Ada mereka-mereka mempertikaikan Zahra sebenarnya tidak berusaha untuk memajukan dirinya dan hanya berharap dengan gajinya semata-mata.
Anda rasa saya x usaha, i'v been working sejak saya belajar lg. buat part time tolong kawan berniaga. Even now.— Lala (@zahra_razly) July 15, 2015
Zahra turut berkata " Allah tahu bagaimana seseorang itu diuji, Hanya kerana awak terselamat itu bukan hak anda untuk memandang randah kepada saya."
"Adakah saya pernah menyebut bahawa saya berputus asa? sapatutnya kita perlu bersatu untuk melakukan perubahan yang lebih baik untuk negara kita," katanya.
Menurut Zahra, beliau tidak meminta simpati tetapi meminta orang ramai membuka mata kerana masih ramai diluar sana mereka yang menghadapi kesusahan.
"Sedang anda sibuk mencari silapnya kisah hidup saya, yang perlu menjawab pada rakyat itu tertawa gembira. Anda tak sedar?," Soal Zahra kepada pengritiknya. - Siakapkeli.my