Memang benar, budaya Jepun yang terkenal dengan comel dan kawaii mudah diterima dan telah tersebar ke seluruh dunia Image via uicargus.com...
- Memang benar, budaya Jepun yang terkenal dengan comel dankawaii mudah diterima dan telah tersebar ke seluruh dunia
- Dalam pelbagai jenis gaya hidup yang diinspirasikan dari negara matahari terbit itu, fesyen Jepun lah yang paling mudah menarik perhatian
- Orang Jepun memang suka mengamalkan konsep 'tak peduli' dalam berfesyen. Semakin pelik sesuatu fesyen yang digayakan, semakin fashion forwardlah seseorang itu.
Mereka tidak akan judge apa saja pilihan fesyen yang kamu gayakan, asalkan kamu berani menggayakannya. Tetapi jika diperhatikan, orang Jepun suka gunakan warna-warna yang terang dan berwarna-warni dalam berpakaian.says.com
- Fesyen Jepun memang sangat daring dan pelik sehingga beberapa artis Barat turut menjadikan ia sebagai sumber inspirasi dalam muzik dan perniagaan mereka
- Bagaimana pula penerimaan fesyen ini di Malaysia? Sama juga. Fesyen Japanese Lolita ini telah lama mendapat tempat di hati gadis-gadis remaja di negara ini sejak tahun 2009 lagi.
- Fesyen lolita mengetengahkan gaya skirt kembang paras lutut atau dress berbentuk 'cupcakes' dengan dibantu peticoat atau kain dalam. Ia diinspirasikan dari fesyen lama kanak-kanak dan remaja Inggeris yang diberi sentuhan baru ala Jepun, iaitu sarat dengan aksesori seperti topi, bow tie, kasut boot tinggi dan sebagainya.says.com
- Fesyen ini juga mula mendominasi keinginan berfesyen buat para remaja Muslimah Melayu. Untuk menjadikannya sesuai dengan orang Islam, ia digayakan dengan skirt atau seluar panjang.
- Baru-baru ini laman Facebook Imuslim Academy memuat naik video temubual antara stesen TV9 dan lolita Muslimah tempatan
Fashion Muslimah? Apa Pandangan Anda?
Apa Pandangan Anda, tuliskan secara berhemah. Apa langkah seterusnya dari padangan anda?Posted by Imuslim Academy on Monday, August 10, 2015
- Dalam video ini dinyatakan bahawa penggemar fesyen ini tidak kisah membeli kostum lolita yang kebiasaannya harus diimport dari Jepun atau China. Harga setiap kostum boleh mencecah sehingga RM400.
- Menurut penggemar fesyen ini, walaupun kelihatan bergaya dan ranggi, ia masih lagi mematuhi prinsip-prinsip agama Islam. Namun begitu, ramai juga yang kurang setuju dengan pendapat tersebut.
- Pada pendapat kami, tak salah berfesyen dengan gaya apa pun, asalkan ianya tidak keterlaluan dan tidak melanggar syariat Islam
- Berdasarkan fesyen yang dipakai oleh lolita ini, pakaian mereka memang longgar. Cuma ia nampak sedikit keterlaluan dan lebih mudah menarik perhatian ramai, mungkin kerana penggunaan aksesori yang sarat ataupun ropol-ropol yang banyak.
Tetapi kami berpendapat, jika benar ia menarik perhatian pun tiada salahnya kerana pakaian yang dipakai masih lagi dalam kategori sopan dan tidak memalukan. Aksesori berlebihan? Itu terpulang kepada selera fesyen masing-masing.says.com
- Terlalu mahal dan membazir? Kami rasa, ia sama saja dengan fesyen bertudung yang lain di mana seseorang itu sanggup berbelanja besar untuk jenama tudung tertentu, atau sanggup memakai lebih dari selapis tudung demi kelihatan cantik.
- Selagi ia tidak melanggar undang-undang, tidak melanggar hukum agama dan tidak mendatangkan keburukan, why not? Apa pendapat anda?
Apa-apa pun, inilah 7 konsep sebenar dalam memakai tudung yang digariskan oleh agama Islam. Sama-sama kita perbaiki kelemahan yang ada dalam diri. - Says.com