Archive Pages Design$type=blogging

Wajib Baca! Cabaran Dan Dilema Anda Sebagai Ibu Bekerja

Memegang Gelaran Sebagai Ibu Bekerja.Sebagai pekerja yang juga bergelar isteri dan ibu, tanggung jawab yang digalas juga berat sebenarnya. T...


Memegang Gelaran Sebagai Ibu Bekerja.Sebagai pekerja yang juga bergelar isteri dan ibu, tanggung jawab yang digalas juga berat sebenarnya.
Terlalu banyak yang perlu diberi perhatian, selepas menjaga anak, suami, kerja, binatang peliharaan (jika ada), kerja rumah barulah memenuhi keperluan diri sendiri. Seperti setiap 24jam tidak pernah cukup untuk melakukan segala-galanya, apatah lagi untuk memanjakan diri anda. Stress yang keterlaluan boleh menyebabkan kemurungan. Ketahui empat sebab kenapa sebagai ibu bekerja anda harus menjaga diri sendiri.
#1. Anda Perlu Gembira!
Jika anda dilanda beban kerja yang terlalu banyak di pejabat, kemudiannya membawa pula beban tersebut ke rumah pasti membuatkan mood anda tidak menentu. Hal ini hanya membuatkan seisi rumah berasa sedih. Anak yang lebih tua pula akan menunjukkan protes malahan bayi yang masih kecil juga turut terasa tempiasnya.
Yang Perlu Anda Lakukan : Dengan mengambil masa sejam sehari, penuhi keperluan diri anda sendiri dan semua perkara akan menjadi lebih mudah. Keluarga anda juga pasti lebih ceria walaupun mereka tetap kompelin jika anda terlalu banyak menghabiskan masa di pejabat berbanding di rumah. Kata kuncinya ialah bertenang dan tarik nafas dalam-dalam kemudiannya lepaskan.
#2. Anda Boleh Jadi Gemuk!
Ya! Kedua-dua masalah tersebut hanya membuatkan badan anda semakin naik kerana hormon stres iaitu kortisol akan mencetuskan tindakan dalaman bahawa anda sekarang berhadapan dengan bahaya. Jadi reaksi tubuh badan akan memperlahankan metabolisme hingga walaupun anda makan dalam kuantiti yang sama, berat anda tetap naik. Masalah bertambah serius jika anda mempunyai genetik keluarga yang mempunyai penyakit diabetes, kanser, lemah jantung dan sebagainya.
Yang Perlu Anda Lakukan : Jika anda terpaksa bekerja hingga lewat malam di pejabat dan kemudiannya balik melihat bakul anak yang masih belum disiapkan, sebaik-baiknya berehat dan tidur lah terlebih dahulu. Mungkin esok anda boleh masuk lambat dan menguruskan perkara yang belum disiapkan. Selain itu, naik turun tangga lebih bagus berbanding menggunakan lif. Dengan gaya hidup yang teramat sibuk, curi sedikit masa untuk menggunakan tenaga anda supaya lebih sihat.
#3. Ingat, Anda bukan Supermom!
Ramai wanita yang merasakan hanya dia sahaja yang mampu membuat kerja dengan betul sama ada di pejabat atau pun di rumah. Tidak ada orang lain yang mampu melakukannya dengan sempurna. Inilah mentaliti yang membelenggu hingga anda terpaksa memikul beban kerja yang berat. Belajarlah untuk memberi tanggung jawab kepada kakitangan yang lain dan juga kepada anak-anak.
Yang Perlu Anda Lakukan: Di tempat kerja, cari seorang kakitangan yang boleh anda percayai untuk uruskan kerja yang berlebihan. Mungkin pada permulaannya kerja yang dilakukan ada kekurangan di sana sini, tapi lama-kelamaan dia mampu melaksanakannya. Begitu juga dengan anak-anak di rumah, tinggalkan mereka sekali skala di hujung minggu dengan ayahnya. Mungkin suami tidak mampu memakaikan lampin sesempurna anda tetapi sekurang-kurangnya kepercayaan itu mampu memberi mereka keseronokan dengan tugas baru sekaligus meringankan tugas anda.
#4. Hidup Untuk Dinikmati
Terkejar-kejar membuat kerja, laporan dan mesyuarat membuatkan hidup anda penuh dengan kerja yang tidak pernah habis. Senarai yang perlu dilakukan setiap hari juga sentiasa penuh hingga anda tidak tahu untuk memulakannya dari mana.
Yang Perlu Anda Lakukan: Jika anda mempunyai masalah untuk melakukan kerja, mulakan dari yang kecil terlebih dahulu, kemudiannya berehat sekejap. Begitulah seterusnya sehingga tugasan anda selesai. Ingat hidup untuk dinikmati bukannya terlalu mengejar kerja hingga anda hilang nikmat hidup itu sendiri.

COMMENTS

INFORMASI$type=three$height=auto$meta=no$snippet=no$readmore=no$count=12

Name

cinta Dunia Informasi Inspirasi keluarga kerjaya kesihatan National Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Votalist Blog: Wajib Baca! Cabaran Dan Dilema Anda Sebagai Ibu Bekerja
Wajib Baca! Cabaran Dan Dilema Anda Sebagai Ibu Bekerja
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjF6_uVXVB_C8z6149I_3Cy2bigYUcWWO8DSmQVpo9P-ThZvT4etp80xQVX4Ibl27UTCupirJ5aQo4iriyQfnE-1BRGuxA7c5vZiRJBjBRWOGnk9mDWzT9Z5w9-Rf1ZEdsy01pA_8WtNS-M/s640/6a5fc3f4-41cd-41ad-85fd-6594de67ef0f-2060x1236.jpeg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjF6_uVXVB_C8z6149I_3Cy2bigYUcWWO8DSmQVpo9P-ThZvT4etp80xQVX4Ibl27UTCupirJ5aQo4iriyQfnE-1BRGuxA7c5vZiRJBjBRWOGnk9mDWzT9Z5w9-Rf1ZEdsy01pA_8WtNS-M/s72-c/6a5fc3f4-41cd-41ad-85fd-6594de67ef0f-2060x1236.jpeg
Votalist Blog
https://votalist.blogspot.com/2015/08/wajib-baca-cabaran-dan-dilema-anda.html
https://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/2015/08/wajib-baca-cabaran-dan-dilema-anda.html
true
4199623161816338455
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago