Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yang pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifat...
Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yang pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.
Yang kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11 tahun. Saya nak share dengan teman-teman pasal anak kecil yang berusia 11 tahun yang mulia ini.
Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yang masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yang lalu. Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas.
Yang menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya". Arwah asyik mengira duit-duit raya yang diperolehinya.
Kadang-kadang sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya. Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya, ''Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dengan tudung?'' Ibu saudaranya bertanya, ''kenapa?''
Anak kecil ini menjawab...dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini, semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...
"Ibuku sayang, duit yang along tinggalkan ini untuk ibu. Ibu gunalah untuk beli baju kurung yang tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yang nampak rambut... tapi hanya nampak wajah ibu yang cantik sahaja. Along sayang ibu... along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along tak nak ibu dibakar api neraka. Along sayangkan ibu dan family kita semua. Sayang Ibu......ALONG"
Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadaNya. Wallahualam.
Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yang sudi share cerita ini. Selepas saya kafankan jenazah along, Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!
Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor