Archive Pages Design$type=blogging

Kisah Inspirasi Seorang Pelajar Miskin Yang Teringin Ke KLCC Dikurniakan Rezeki Melalui Guru Prihatin

Nota Editor : Kisah ini dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama  Najihah Rahman . Beliau adalah seorang guru bahasa Inggeris dan mengajar...

Nota Editor: Kisah ini dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Najihah Rahman. Beliau adalah seorang guru bahasa Inggeris dan mengajar di sebuah sekolah. Kisah bermula apabila seorang pelajar beliau yang tidak berkemampuan ingin mengikuti lawatan sambil belajar ke Aquaria, KLCC. Ikuti kisah tersebut di bawah. Semoga kisah ini mendorong kita untuk menjadi lebih pemurah. Kami kongsikan disini dengan izin daripada penulis
Sekolah saya akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Aquaria KLCC untuk pelajar Tahun 6. Ada seorang pelajar perempuan saya yang sangat rajin dan pandai tetapi tidak mampu untuk membayar yuran lawatan tersebut.
Dia berkata, “Ayah saya orang susah teacher. Tak mampu. Saya teringin nak tengok KLCC,” dan dia juga ada bertanya sama ada dia boleh sertai dan berjalan-jalan di sekitar KLCC tanpa memasuki Aquaria.
“Tumpang bas je, RM15 lepas tu saya tunggu je dekat situ bila kawan-kawan masuk.”
Kata-kata tersebut buatkan hati saya pilu. Saya masih ingat yang saya menangis semasa memandu apabila perbualan tersebut.

Alhamdulillah rezeki pelajar perempuan itu, ada orang yang bermurah hati untuk bayarkan. Semoga diberkati.
Sebelum lawatan tersebut, saya beritahu kepada murid-murid saya, “Kalau nak rasa popcorn sedap, you can save about RM20 dan beli nanti di KLCC. Namapopcorn tersebut adalah Garret.” Saya juga ada bawa sedikit untuk dijamah.
Tiba-tiba pelajar perempuan itu berdiri dan berkata, “Siapa sini nak kongsi beli Garret dengan saya? Saya nak lagi tapi tak mampu beli. Kalau ada yang nak kongsi.”
Saya pandang dia. Selepas waktu persekolahan saya bertanya padanya, “Sedap ya Garret tu?”
Dia menjawab, “Sedap sangat Teacher.”
Saya pun bertanya lagi, “Nanti pergi sana bawa berapa duit belanja?”
Dia menjawab, “RM15. Saya tahu ayah tak ada duit. Ini duit belanja 2 minggu saya simpan.”
Saya pun membalas, “Ini teacher bagi duit awak beli Garret tu. You are a very good student. Rajin. Awal tahun dulu awak dapat C, sekarang dah dapat A. Ini hadiah untuk awak.”
Dia peluk saya erat-erat dan menitiskan air mata. Saya juga. Dia mengajar saya supaya bersyukur pada rezeki yang dilimpahi.
PASCA LAWATAN KE KLCC
Saya memasuki kelas dan dia berjalan ke arah saya, dia memegang tangan saya dan merapatkan bibirnya ke telinga saya dan membisik, “Teacher bagi lagi duitextra dekat saya?”
We discuss later ya? After class.”
Kelas berakhir dan saya beri isyaratkan. Kita duduk dan dia memegang tangan saya, “Teacher! Saya rasa saya dah menyusahkan teacher.”
No, you are not. Why you said so?”
“Teacher dah bagi saya duit beli Garret tu. Lepas tu teacher tambah lagi. RM100tu sangat banyak. Saya tak pernah pegang banyak tu.”
Malam sebelum lawatan tersebut, ada dua individu yang bermurah hati telah memberikan duit raya melalui akaun saya. Tanpa berlengah saya pindahkan duit tersebut ke salah seorang guru yang akan mengikuti lawatan tersebut supaya keesokkan harinya duit tersebut dapat diberikan kepadanya. Keesokkan harinya saya buat panggilan kepada pelajar perempuan tersebut melalui salah seorang rakannya semasa dia di dalam Aquaria.

“Aquaria best?”
“Teacher saya menyusahkan Teacher ni. Sayang saya nak belanja duit ni
“Jangan sekat kemahuan awak. Apa yang awak nak beli, beli je. Itu hadiah. Guna duit tu ye? Teacher nak awak enjoy.”
Thank you teacher.” Saya dengar dia menangis.
Kembali kepada perbincangan kita, dia ulang kali bertanya soalan yang sama, kenapa saya memberi dia sejumlah duit yang banyak.
“Okey let me tell you girl. Duit ini hadiah daripada kawan Teacher. Ada dua orang. Masing-masing hadiahkan awak RM50. Jadi ada RM100. Duit tu hak awak. Teacher hanya orang perantaraan antara Allah dengan awak. Allah murahkan rezeki awak. Cuma, proses ini berlaku melalui Teacher. Bukan niat Teacher bagi duit sebab nak hina awak orang susah, tapi fikir positif. Ini rezeki. Kena bersyukur. Semua orang tertarik dengan sikap rajin awak. Teacher banggabagitau semua orang teacher ada student macam awak. Okey? “
“Betul saya tak menyusahkan Teacher?”
“Tak. Lansung tak. Teacher nak awak fokus untuk peperiksaan. Dah dekat. By the way semalam ada lagi orang bermurah hati dengan awak. Jadi, kalau awak perlu apa-apa tolong bagitau teacher. Even kalau duit belanja tak cukup punbagitau. Ada ke apa-apa yang awak nak?”
Haritu masa pergi KLCC saya teringat kedai buku yang teacher cakap selalu beli tu. Tapi masa tak cukup. saya rasa nak beli satu buku cerita macam yang kawan-kawan lain dapat bila diorang dapat A. Saya nak teacher tulis kata-kata semangat dan signed kat situ. Buku tu takde kat sini kan?”
“OK, I will get one for you. Jangan lupa, bila lepas solat doakan orang yang beri awak hadiah ini. Doa semoga mereka murah rezeki dan di bawah rahmat Allah.”
Dia menangis dan terus menangis.
“Allah saja mampu balas Teacher. Saya akan selalu doa. Teacher tolong kirim salam dekat semua orang yang tolong saya.”
“Oh Teacher lupa ada kakak sorang nak bawak awak jalan-jalan tengok KLCC lagi. Kakak itu baik, dia kerja sana. Dia cakap dia sanggup bawa awak. Lepas UPSR kita pergi ya?”
Dia terus menangis dan memeluk saya.
“Saya doa teacher pun murah rezeki.”
Orang yang bersyukur sentiasa fikirkan orang yang lain. Semasa kelas malam kami, saya lihat dia sedang menulis nota di atas kertas, potong kertas tersebut dan letakkannya di dalam beg plastik. Saya tidak bertanya sama ada dia sudah siapkan kerjanya. Kemudian dia memberi isyarat kepada saya untuk jumpanya di luar. Saya pergi.
Teacher, for you.”
Did I say you have to buy something for me? Well, Thank you sayang.”
“Ini ikhlas. Saya teringat dekat teacher masa dekat sana. Kalau teacher tak tolong, tak merasa saya pegang duit banyak tu. I hope you like it.”
I am and will like it forever. Thank you again.
Orang yang biasa susah akan faham erti kesusahan, menghargai dan dihargai. Dalam ramai-ramai, yang susah inilah yang menyenangkan. Semoga Allah memberkati pelajar perempuan tersebut. Amin. - TheVocket

COMMENTS

INFORMASI$type=three$height=auto$meta=no$snippet=no$readmore=no$count=12

Name

cinta Dunia Informasi Inspirasi keluarga kerjaya kesihatan National Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Votalist Blog: Kisah Inspirasi Seorang Pelajar Miskin Yang Teringin Ke KLCC Dikurniakan Rezeki Melalui Guru Prihatin
Kisah Inspirasi Seorang Pelajar Miskin Yang Teringin Ke KLCC Dikurniakan Rezeki Melalui Guru Prihatin
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNn_77K48ZE6HCfUIlRc7vz6Eq6HcTEj6poPs3_zodTUFbe9Ci5reA4HgO4gtqPYynjcfjFwAkawMn3Eokl-8sc0sKywwXrRxkEjnTjV2J5lYFnt_IMJF_14_R2GUEqxZizpW8XIivyJst/s640/klcc.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNn_77K48ZE6HCfUIlRc7vz6Eq6HcTEj6poPs3_zodTUFbe9Ci5reA4HgO4gtqPYynjcfjFwAkawMn3Eokl-8sc0sKywwXrRxkEjnTjV2J5lYFnt_IMJF_14_R2GUEqxZizpW8XIivyJst/s72-c/klcc.jpg
Votalist Blog
https://votalist.blogspot.com/2015/08/kisah-inspirasi-seorang-pelajar-miskin.html
https://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/2015/08/kisah-inspirasi-seorang-pelajar-miskin.html
true
4199623161816338455
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago