Kanser merupakan salah satu penyakit paling paling merbahaya dan merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Penyakit ini boleh menyerang sesia...
Kanser merupakan salah satu penyakit paling paling merbahaya dan merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja pada bila-bila masa dan mana-mana tempat sekalipun. Ketika waktu ini, sudah ramai orang di pelbagai negara telah meninggal dunia kerana kanser. Tetapi, seorang penderita kanser ini telah meninggalkan pesanan terakhir yang mengharukan sebelum meninggal dunia. Penderita kanser ini adalah seorang wanita bernama Seema Jaya Sharma yang berasal Ilford, London, England.
Dari laporan metro.co.uk, Seema yang juga seorang bekas penyanyi dan model ini memuatnaik status yang amat mengharukan di laman media sosial Facebook miliknya sebelum meninggal dunia kerana kanser yang telah menyerang tubuh badannya. Dikhabarkan, wanita ini telah mengidap kanser sejak tiga tahun yang lalu. Meskipun telah berjuang sedaya upaya untuk melawan penyakit ini semenjak tiga tahun yang lalu, tetapi Tuhan lebih menyayangi dirinya. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 21 Ogos 2015 yang lepas.
Sebelum meninggal dunia, dia memuatnaik status ke laman Facebook dengan menyatakan bahawa dia berharap agar keluarga dan teman terdekatnya redha dengan kehilangan dirinya dan tidak meratapi serta berasa sedih dengan pemergiannya. Dia juga berharap teman-teman dan keluarganya sentiasa mengingati dirinya di saat bahagia dan duka apabila dia sudah tiada nanti. Tambah menyayat hati, dia berharap agar teman-teman dan keluarganya memakai pakaian berwarna-warni ketika menghadiri pengebumiannya.
Sejak dimuatnaik pada 21 Ogos yang lepas, status Seema ini telah mendapat sebanyak 7ooo “like” dari netizen dan lebih dua ribu komen positif serta kata-kata ucapan semangat untuk dirinya. Status ini tidak hanya membuat keluarga dan teman-temannya terharu, tetapi juga orang-orang yang pernah mengenali dirinya. Bagi yang mengenali diri Seema, mereka menganggap Seema sebagai seorang wanita yang baik hati, periang dan boleh membuat semua orang di sekitarnya merasa bahagia ketika bersamanya. Semoga rohnya tenang di sana.