Archive Pages Design$type=blogging

Kami Hampir Tak Percaya Sungai Sejernih Ini Ada Di Malaysia!

Orang kita memang suka bercuti sambil menerokai keindahan alam sekitar yang terdapat di dalam Malaysia mahupun luar negara. Buktinya setiap ...


Orang kita memang suka bercuti sambil menerokai keindahan alam sekitar yang terdapat di dalam Malaysia mahupun luar negara. Buktinya setiap kali ada promosi yang dibuat oleh syarikat penerbangan, tiket habis sekelip mata!
Bukan nak cakap korang je, kami pun sama. Beberapa hari yang lalu kami telah mengikuti beberapa buah page berkaitan tempat-tempat menarik sekitar Malaysia dan hasilnya sungguh memeranjatkan.
Kami ternampak satu post mengenai sebuah sungai yang betul-betul buat hati ini mahu ke sana segera! Namun tempat ini bukan orang sembarangan yang boleh sampai. Hanya yang berhati kental sahaja!

Satu hari pendakian


Sungai Bangang ini sememangnya cukup terkenal dalam kalangan pendaki namun tidak ramai yang sampai ke sini memandangkan lokasinya yang sangat jauh dan tinggi.
Menurut mereka yang pernah sampai ke sini, perjalanan sekurang-kurangnya sehari diperlukan dan bergantung juga kepada stamina. Dan perlu bermalam di kawasan Gunung Berembun atau Lata Lansir sebab kebiasaannya sampai sini dah lewat petang, maghrib.
Namun Sungai Bangang merupakan kawasan persinggahan pendaki ketika turun dan pulang dari Lata Lansir. Tapi memang terbaik Sungai Bangang ni, jernih sungguh!

Dekat mana? CBL Terengganu


Chemerong, Berembun dan Langsir semestinya nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pendaki gunung di Malaysia. Ketiga-tiga nama ini sering digabungkan kepada singkatan CBL yang merangkumi Air Terjun Chemerong, Gunung Berembun dan juga Air Terjun Langsir.
Untuk sampai ke Sungai Bangan ini, pendakian akan bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.
Kebiasaannya trek CBL akan bermula daripada Hutan Lipur Chemerong dan seterusnya ke Puncak Chemerong, Puncak Berembun dan akhirnya akan bermalam di Puncak Air Terjun Langsir sebelum kembali semula ke lokasi permulaan.

Macam mana nak sampai sini?


Untuk beginner, korang boleh join mana-mana group hiking di Facebook memandangkan mereka sangat aktif. 


Atau korang boleh ushar foto dekat bawah ni sebab mereka akan ke sana dalam masa terdekat ni. Bila lagi nak merasai pengalaman macam ni kan? - Ohbulan


COMMENTS

INFORMASI$type=three$height=auto$meta=no$snippet=no$readmore=no$count=12

Name

cinta Dunia Informasi Inspirasi keluarga kerjaya kesihatan National Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Votalist Blog: Kami Hampir Tak Percaya Sungai Sejernih Ini Ada Di Malaysia!
Kami Hampir Tak Percaya Sungai Sejernih Ini Ada Di Malaysia!
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijDg6btl-yUEApOZoBe7j-rhSKxWjVFyqSKJ3S8VKt3y8Vj1mmCnXiz1xzYO5zpf8HTlkBL52eqv_uz-zgL-obd3UhpIa3xOQ3rfOfJIGVDNERfzLsSiRGbaaRJVmFqSQl0hKIP38Me_g5/s640/Screen-Shot-2015-09-11-at-2.02.21-PM.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijDg6btl-yUEApOZoBe7j-rhSKxWjVFyqSKJ3S8VKt3y8Vj1mmCnXiz1xzYO5zpf8HTlkBL52eqv_uz-zgL-obd3UhpIa3xOQ3rfOfJIGVDNERfzLsSiRGbaaRJVmFqSQl0hKIP38Me_g5/s72-c/Screen-Shot-2015-09-11-at-2.02.21-PM.png
Votalist Blog
https://votalist.blogspot.com/2015/09/kami-hampir-tak-percaya-sungai-sejernih.html
https://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/2015/09/kami-hampir-tak-percaya-sungai-sejernih.html
true
4199623161816338455
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago