Archive Pages Design$type=blogging

Senarai 2015 : 5 Pekerjaan Di Malaysia Yang Menawarkan Bayaran Lumayan Tanpa Perlukan “Degree”

Kita semua tahu yang ijazah kita perolehi hasil dari pengajian kita sangat mempengaruhi pilihan kerjaya. Namun begitu, di pihak majikan, seg...

Kita semua tahu yang ijazah kita perolehi hasil dari pengajian kita sangat mempengaruhi pilihan kerjaya. Namun begitu, di pihak majikan, segulung sijil hanyalah sekadar lesen asas bagi menentukan gaji di samping memastikan calon berkenaan tahu sedikit sebanyak tentang jawatan yang dipohon dan mampu bekerja pada tahap penyeliaan yang minima. Tetapi pada zaman yang semakin mencabar ini, ramai majikan yang mencari calon yang mempunyai pengalaman kerja selain hanya kelayakan akademik.
Jadi mahasiswa terperangkap dalam situasi ini di mana kebiasaannya mahasiswa memerlukan pekerjaan untuk menimba pengalaman tetapi sekarang ianya sudah berubah di mana mahasiswa perlu mempunyai pengalaman untuk mendapatkan kerja.
Jangan risau! Disini kami senaraikan  5 kerjaya yang  boleh memberi pulangan lumayan kepada sesiapa sahaja yang berminat walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.
1. Pemandu Teksi Uber

Imej dari khairulryezal.blogspot.com
Anda mempunyai kereta sendiri dan mempunyai masa lapang? Apa kata anda gunakan kereta anda untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan hanya memandu. Tahukah anda, syarikat teksi terbesar di dunia, iaitu UBER membayar gaji kepada pemandu mereka pada setiap minggu. UBER hanya mengenakan caj sebanyak 20% daripada bayaran penumpang sebagai caj mereka. Contohnya, dalam seminggu, pendapatan adalah sebanyak RM100, UBER akan mengenakan caj sebanyak RM20. Jadi, pemandu UBER akan menerima bayaran sebanyak RM80 terus ke akaun mereka. Biasanya bayaran akan terus masuk ke akaun pada hari Rabu berikutnya. Waktu pengiraan caj bayaran adalah bermula 4.00 pagi hari Isnin hingga 3.59 pagi Isnin berikutnya.  
2.Penasihat Kewangan

Imej dari morganstanley.com
Turut dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang bertanggungjawab untuk mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka. Antara faedah dari pekerjaan ini ialah komisen yang lumayan, pendapatan pasif, waktu kerja yang fleksibel, pakej percutian percuma dan bermacam-macam lagi.

3. Agen Insurans

Imej dari jennyyeoh.com
Perasan atau tidak semakin tinggi kesedaran masyarakat berkenaan dengan pemilikan skim insurans dan takaful persendirian. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini. Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Ianya bukan mudah, kalau anda rajin berusaha, anda boleh mendapat sehingga RM5000 sebulan.

4. Agen Hartanah

Imej dari sccyberworld.blogspot.com
Salah satu kerjaya yang menawarkan pulangan yang lumayan adalah sebagai agen hartanah. Hartanah adalah terdiri dari rumah teres, kondo, flat, tanah kosong, tanah pertanian, lot kedai, pejabat, kilang dan pelbagai lagi. Pelbagai hartanah ini memberi peluang untuk agen menjual apa sahaja malah kalau anda lihat di laman web hartanah ada sahaja pelbagai hartanah ini untuk dijual setiap hari. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan. 

5. Safety & Health Officer

Imej dari thecrescent.com.my
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard DOSH.  Gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar. Pendapatan tahunan untuk pekerjaan ini boleh mencecah sehingga rm50,000.

COMMENTS

INFORMASI$type=three$height=auto$meta=no$snippet=no$readmore=no$count=12

Name

cinta Dunia Informasi Inspirasi keluarga kerjaya kesihatan National Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Votalist Blog: Senarai 2015 : 5 Pekerjaan Di Malaysia Yang Menawarkan Bayaran Lumayan Tanpa Perlukan “Degree”
Senarai 2015 : 5 Pekerjaan Di Malaysia Yang Menawarkan Bayaran Lumayan Tanpa Perlukan “Degree”
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrcXHu5tJERos5TQeWkcw1cyhGiR304z5e4lanGYQBHGHW0TbKnkRDe4pIJR5tiZvL4gWZlCttUFkWoG3FLTi3BTJfeCTK824RvXRejXMUIyRj7As4eEwzpYR1pS9r-7ujdm9M3ZH7AnAw/s1600/uber.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrcXHu5tJERos5TQeWkcw1cyhGiR304z5e4lanGYQBHGHW0TbKnkRDe4pIJR5tiZvL4gWZlCttUFkWoG3FLTi3BTJfeCTK824RvXRejXMUIyRj7As4eEwzpYR1pS9r-7ujdm9M3ZH7AnAw/s72-c/uber.jpg
Votalist Blog
https://votalist.blogspot.com/2015/09/senarai-2015-5-pekerjaan-di-malaysia.html
https://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/
http://votalist.blogspot.com/2015/09/senarai-2015-5-pekerjaan-di-malaysia.html
true
4199623161816338455
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago