Terdapat pelbagai cara, tips dan kaedah sanggup dilakukan oleh wanita untuk menurunkan berat badan . Tidak ketinggalan juga ada yang sanggup...
Terdapat pelbagai cara, tips dan kaedah sanggup dilakukan oleh wanita untuk menurunkan berat badan. Tidak ketinggalan juga ada yang sanggup mengambil pelbagai ubat dan produk untuk menurunkan berat badan mereka.
Menurunkan berat badan dengan cara merenung matahari? Penulis tertarik dengan artikel ini. Artikel ini penulis ada baca di laman sesawang Era FM. Rasa macam pelik tetapi kaedah ini telah dilakukan oleh wanita Hong Kong.
Wanita Hong Kong mengamalkan kaedah dan cara yang pelik iaitu dengan merenung matahari selama 1 jam. Kaedah yang berasal dari Eropah ini dipercayai memberikan tenaga solar yang cukup untuk menggantikan kalori daripada makanan sebenar.
Bagaimana mereka mengamalkan kaedah ini? Mereka akan beratur selama dua kali sehari dan merenung matahari. Dengan kaedah ini dipercayai boleh menghilangkan berat badan. Selain itu, penduduk tempatan beranggapan dengan kaedah ini boleh memperbaiki penglihatan iaitu bertentangan dengan apa yang kita belajar yang melihat terus ke arah matahari boleh merosakkan mata.
Tidak dapat hendak penulis bayangkan bagaimana mereka boleh amalkan kaedah ini. Mungkin bagi mereka, sudah biasa.
SUMBER : ERA FM